• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Banjir : Mangsa Di Terengganu Terus Meningkat

KUALA TERENGGANU, 10 Disember – Mangsa banjir di Terengganu terus meningkat dengan penambahan sebanyak tujuh buah Pusat Permindahan Sementara (PPS).

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Terengganu berkata tujuh PPS itu dibuka di daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu susulan banjir di beberapa tempat di daerah berkenaan.

Katanya, tujuh PPS tersebut menempatkan 313 mangsa daripada 86 keluarga.

“PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Chendering di sini menempatkan seramai 21 mangsa banjir daripada tujuh buah keluarga

“Manakala, seramai 44 mangsa daripada 14 keluarga dipindahkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol,” menurutknya dalam satu kenyataan media pada hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada pagi jumaat mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya yang dijangka berlaku di Terengganu dan Kelantan bermula 9 hingga 10 Disember.

Sementara itu, di Daerah Kuala Nerus iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Nenas masing-masing menempatkan seramai 33 dan 18 mangsa.

Manakala di Daerah Setiu terdapat tiga PPS dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kasar, Balairaya Kampung Bukit Nenas dan Surau Mak Bakas.

"Masing-masing menempatkan seramai 25, 13 dan 8 mangsa daripada 7, 4 dan 3 buah keluarga," ujarnya

 

 

 


Tag: