• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Banjir : Masjid, Surau Disaran Buat Solat Hajat

KUALA TERENGGANU, 20 Disember - Semua masjid dan surau di negeri ini disaran mengadakan solat hajat selepas solat Isyak.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Mat Azmi Arshad berkata, tindakan itu perlu bagi memohon supaya Allah mempermudahkan segala urusan dan mengelak sebarang kesulitan di negeri dilanda bencana banjir ketika ini.

"Sebahagian besar kawasan di negara kita sedang diuji hebat dengan hujan yang tidak henti-henti turun menyebabkan paras air telah naik ke tahap yang membimbangkan.

"Dipohon semua pengerusi jawatankuasa masjid serta pegawai agama setiap daerah untuk melaksanakan solat sunat hajat di masjid dan surau selepas solat Isyak agar diberikan kemudahan dan keselamatan daripada musibah banjir yang sedang melanda ini kepada semua rakyat diseluruh negara," ujarnya.