• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Amaran Banjir : Penduduk Tiga Kampung Dipindahkan Lebih Awal

Oleh : Muhammad Amiruddin

DUNGUN, 29 Disember - Sebahagian penduduk di tiga kampung berisiko banjir di daerah ini dipindahkan lebih awal bagi menghadapi kemungkinan banjir gelombang ketiga bermula esok (Khamis) dan Jumaat ini.

Ketua Polis Negeri, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, golongan bayi, kanak-kanak dan warga emas yang mendiami Kampung Pasir Raja, Kampung Kuala Jengai dan Kampung Minda diutamakan dalam operasi pemindahan.

Menurut beliau, keseluruhan jumlah penduduk di tiga kampung itu ialah 1,300 orang dengan 362 rumah.

“Tiga kampung itu lebih cepat dinaiki air berbanding di penempatan lain jika hujan dilanda hujan lebat,” kata beliau  selepas sesi taklimat dengan petugas barisan hadapan di Balai Polis Kuala Jengai di sini, semalam.

Menurutnya, sebanyak 27 bot milik pasukan keselamatan dan Padat Dungun serta 20 kenderaan pacuan empat roda bersedia untuk digunakan.

“Manakala, seramai 10 pegawai dan 121 anggota pelbagai agensi akan ditugaskan sebaik sahaja kawasan itu dinaiki air.

“Kita juga telah mengeluarkan arahan supaya semua aktiviti sungai termasuk memancing dan memukat, pekerjaan balak dan rekreasi  dihentikan serta merta buat sementara waktu,” katanya.

 


Tag: