• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

TEMERLOH, 29 Disember - Banjir yang melanda Temerloh telah membuka mata empat sekawan untuk terus berbakti kepada golongan terjejas.

Kasbudin Zakaria, 55, pemandu lori yang juga merupakan pemandu kenderaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu berkata, tragedi bah tersebut membuka peluangnya bersama tiga rakan untuk menyertai operasi di bumi Pahang dengan kepakaran yang mereka ada.

"Kami membawa lori yang dilengkapi dengan sistem semburan air bagi mempercepatkan proses pembersihan rumah mangsa yang terlibat," jelasnya kepada pemberita.

Tambah rakanya, Engku Mohd Nasir Engku Ismail, 50, mereka berempat bersama-sama mengangkut air sebelum ke rumah mangsa banjir.

"Setelah itu, kami akan bertanya dari satu rumah ke rumah yang lain bagi membersihkan rumah mereka.

"Sekiranya rumah mereka masih belum dicuci atau tidak begitu bersih, kami akan menggunakan tembakan semburan air yang kuat untuk membersihkan rumah mereka.

"Alhamdulillah, setakat ini kita telah berjaya membersihkan 10 buah rumah di Taman Mentakab Indah ini," katanya.


Tag: