• 18 Apr 2024 | 9 Syawal 1445

Banjir 'Tenggelamkan' Balai Bomba Chukai

KEMAMAN, 8 Januari – Hujan lebat berterusan di daerah ini turut mengakibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chukai 'ditenggelamkan' banjir pada petang semalam.

Penolong Kanan Penguasa Bomba Chukai, Mohd Zailani Abdullah berkata, punca kejadian tersebut berlaku adalah disebabkan peningkatan air sungai Kemaman berhampiran balai itu.

“Jarak antara sungai tersebut hanya 10 meter sahaja, banjir tahun 2017 paling memberi kesan dengan kenaikan air paras 0.3 meter.

“Namun begitu kerja penambaikan telah dijalankan bagi mengelakkan peristiwa tersebut berlaku kembali.

“Tetapi tiap kali hujan lebat dan air hulu turun, pasti akan menyebabkan balai itu dimasuki air, namun keadaan masih terkawal dan tidak menghalang kerja operasi pihak kami,” katanya ketika ditemu bual pemberita, malam semalam.

Sementara itu, Mohd Zailani juga memaklumkan rumahnya dan anggota lain turut dinaiki air banjir di sekitar Chukai.

“Kebanyakan kami (anggota) menetap di Taman Bandar Baru Bukit Mentok, Taman Alamanda, Taman Pengkalan Pandan dan Taman Akasia.

“Dalam situasi tersebut, pihak kami terutamanya Jabatan Bomba telah terlatih secara fizikal dan mental, namun sedikit kesedihan itu ada kerana tidak sempat selamatkan rumah sendiri," ulasnya.