• 18 Apr 2024 | 9 Syawal 1445

Banjir Terengganu Semakin Surut, Mangsa Tinggal Sembilan Orang

KUALA TERENGGANU, 21 Disember- Situasi banjir di Terengganu hari ini semakin pulih dengan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 10.30 pagi kini hanya tinggal sembilan orang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, cuaca cerah sepanjang hari membolehkan daerah Dungun dan sebahagian Kemaman pulih sepenuhnya daripada banjir.

“Kesemua PPS di Dungun telah ditutup dan penduduk dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Di Kemaman pula, PPS Surau Kampung Ban Ho dan PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok turut ditutup pagi tadi,” ujarnya.

Katanya, ketika ini hanya PPS Dewan Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor yang masih dibuka dengan menempatkan sembilan mangsa daripada tiga keluarga.

“Kita menjangkakan banjir akan semakin reda sekiranya cuaca berterusan cerah dalam tempoh beberapa hari ini.

“Sekiranya tiada apa-apa, InsyaAllah tengahari ini semua PPS akan ditutup,” katanya.