• 08 Mei 2021 | 26 Ramadhan 1442

Bantuan Banjir Kemasik Mula Diagihkan

KEMAMAN, 8 Mac - Seramai 322 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa banjir Monson Timur Laut fasa kelima yang lepas, telah mendapat bantuan dari Kerajaan Negeri Terengganu dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Ahli Parlimen Kemaman, Ustaz Che Alias Hamid dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaili, menyerahkan sumbangan kewangan dan barangan keperluan harian dalam majlis ringkas yang diadakan di Kemasik Pusat Pembangunan Usahawan & Latihan (KEMPUS).

Pemuda Jabatan Unit Amal Malaysia (JAM) membantu mengangkat barangan mangsa banjir.​​​​​

Setiap mangsa banjir mendapat RM500 dari kerajaan negeri dan 13 barangan keperluan daripada MAIWP seperti dapur, periuk nasi, toto, kit peribadi (sejadah, kain batik, kain pelikat, tuala), pampers bayi dan beberapa lagi barangan keperluan yang lain.

Ameerah Malaysia membantu mengangkat barangan yang diperoleh mangsa banjir.

Dalam DUN Kemasik terdapat 2 Mukim, iaitu Mukim Kemasik dan Kertih. Mukim Kemasik yang paling teruk terjejas adalah di Kampung Baru Kemasik.

"DUN Kemasik mencatatkan jumlah mangsa paling sedikit berbanding 3 DUN lain di daerah Kemaman.

"Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu dan MAIWP atas bantuan bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir di Kemaman," ujarnya.


Tag: