• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Bantuan Mangsa Ribut Disegerakan

KUALA NERUS, 18 Oktober - Kira-kira 92 rumah rosak akibat dilanda ribut  dengan sebahagian besar bumbung rumah tercabut dan diterbangkan angin kencang  menerima bantuan segera berupa kepingan atap asbestos dan juga perabung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim berkata, kejadian jam 9.15 malam itu melibatkan 12 kampung antaranya Banggol Donas, Kampung Jeram, Paya Datu dan Tanjung Sabtu kepingan atap baru telah mula diedarkan kepada setiap mangsa bermula pagi semalam.

YB Ustaz Ridzuan Hashim memantau pengagihan atap ke ruamh mangsa ribut

“Kepingan atap telah kita edarkan ke setiap mangsa ribut agar pembaikan dapat dilakukan dengan segera.

“Kita jangkakan pembaikan rumah rosak dapat diselesaikan dalam minggu ini agar rutin harian mangsa tidak terkesan”, ujar beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menziarahi rumah mangsa ribut pagi semalam.

Menurutnya, Kampung Buluh Gading Dewan dan Buluh Gading Masjid paling teruk terjejas dengan 56 kediaman dilaporkan mengalami kerosakan akibat dilanda ribut yang berlaku antara 10 hingga 15 minit.