• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Bantuan Persekolahan Terengganu: Ibu Bapa Luah Rasa Gembira

BESUT, 2 Disember - Sebahagian ibu bapa yang menerima Bantuan Persekolahan bagi Tahun 2021 peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, baru-baru ini meluahkan rasa gembira dengan inisiatif tersebut.

Salah seorang penerima, Roslan Bin Umar, 62, berkata, bantuan yang diberi kerajaan negeri tanpa mengira parti politik itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bebanan ditanggungnya.

 "Saya sebelum ini hanya menjual di kedai makan dan untuk mendapatkan kembali sumber pendapatan seperti sebelum pandemik akan mengambil masa.

"Jadi, sekurang-kurangnya ia membantu saya,"katanya.


 

Sementara itu, seorang ibu kepada 3 orang anak, Nurul Amira Binti Othman, 31 tahun mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri di atas sumbangan untuk persekolahan tersebut.

"Alhamdulillah saya sangat gembira kerana dalam 2,000 orang penerima, saya di antara yang terpilih untuk menikmati  sumbangan kerajaan negeri. 

"Terima kasih Pegawai Penyelaras DUN Jerteh, Ustaz Wan Azhar di atas pemberian wang tunai ini." katanya.

Seramai 2,460 penerima telah menikmati Bantuan Persekolahan bagi Tahun 2021 peringkat DUN Jerteh, baru-baru ini yang dirasmikan oleh Pegawai Penyelaras DUN Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad.


Tag: