• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Bantuan RM500 Untuk Mangsa Banjir

KUALA TERENGGANU, 3 Disember - Kerajaan negeri meluluskan peruntukan lebih RM516 ribu yang akan diagihkan kepada semua keluarga mangsa banjir sepanjang bulan November. 

Pengerusi Jawatankuasa kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, setiap keluarga akan menerima bantuan RM500 di samping tambahan RM500 diberikan khusus kepada mangsa banjir lumpur di daerah paling terkesan iaitu Kemaman.

"Ini menjadikan mangsa banjir yang agak teruk (di Kemaman) menerima RM1,000 bagi meringankan sedikit bebanan kerosakan rumah yang dialami. 

"Sebahagian besar rumah yang terlibat dinaiki air menyebabkan semua barangan keperluan harian dan makanan musnah.

"Oleh itu, kerajaan bersetuju memberi bantuan khas RM500 kepada mereka yang mengalami kerosakan harta benda," katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini. 

Mengulas lanjut mengenai sumbangan tersebut, Hanafiah berkata, bantuan akan diselesaikan dalam bulan ini. 

"Kerajaan juga sedang mengkaji keperluan bagi penternak dan pekebun yang kehilangan hasil akibat bencana ini," tambahnya.