Terengganu Peruntuk RM6 Juta Bantu Pelajar Sambung Master, PhD
SETIU, 7 November - Orang ramai dinasihatkan membatalkan hasrat berkelah atau bermandi-manda di lokasi air terjun dan kawasan rekreasi pada waktu ini demi keselamatan diri dan keluarga.
Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Wan Rukman Wan Hassan berkata ianya bagi mengelak kejadian fenomena kepala air dan perkara yang tidak diingini berlaku.
Katanya, pengunjung perlu lebih peka dengan cuaca yang tidak menentu ketika ini yang boleh berlaku sebarang kemungkinan dan bencana buruk.
"Sekarang bukan masa yang sesuai untuk sebarang aktiviti riadah atau sosial di lokasi air terjun atau sungai kerana cuaca buruk ditambah hujan lebat yang berisiko tinggi berlaku kepala air.
"Sikap tidak ambil peduli segelintir pengunjung boleh mendatangkan bahaya malah mengakibatkan maut jika terjadi perkara tidak diingini," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika meninjau kelancaran proses penamaan calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Setiu, Sungai Tarom semalam.
Tambah Rukman, kadang-kadang kita lihat cuaca cerah tetapi hujan lebat boleh datang secara tiba-tiba.
Beliau berkata kepala air ini kalau datang akan ‘sapu’ semua yang berada di laluan sungai sekaligus membahayakan nyawa.
Terdahulu, sembilan mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian kepala air di Lata Ulu Kekabu dekat sini.
Kesemua mangsa berjaya diselamatkan anggota penyelamat dengan menggunakan tali dan jaket keselamatan.