• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Beberapa Laluan Lebuhraya KLK Dan LPT1 Ditutup Akibat Tanah Runtuh, Banjir

KUALA TERENGGANU, 19 Disember-  Beberapa laluan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT)1 ditutup akibat tanah runtuh dan banjir berikutan hujan lebat sejak semalam.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Anih Berhad, sehingga jam 9 pagi tadi hanya laluan Lebuhraya KLK dari Genting menghala ke Gombak boleh dilalui, dan kesemua jalan lain adalah terhalang iaitu selepas KM66.

“Buat masa ini kebanyakan laluan masih terhalang dan pengguna boleh mendapatkan info semasa laluan alternatif menerusi JKR Pahang.

“Syarikat sentiasa komited dalam memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna lebuhraya,” ujar kenyataan tersebut.

Katanya, kerja-kerja membaik pulih kawasan terjejas akan dilakukan segera.

“Mangsa-mangsa yang terkandas di lebuhraya juga akan diberikan bantuan sewajarnya oleh petugas lebuhraya seperti bantuan makanan dan minuman,” jelas kenyataan itu.