• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Bekalan Air Dijangka Pulih Sepenuhnya 5 Pagi Khamis

KUALA TERENGGANU, 24 Februari - Syarikat Air Terengganu (SATU) menjangkakan masalah air yang berlaku sekitar daerah ini, Kuala Nerus dan Marang akan pulih sepenuhnya jam 5 pagi Khamis, 25 Februari.

Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Ir Atemin Sulong berkata, gangguan bekalan air dan tekanan air rendah bermula 4.30 petang itu berpunca daripada masalah teknikal di Loji Kepong 1, Serada, Kuala Terengganu. 

"Hingga saat ni, 75 peratus bekalan daripada loji telah pun pulih, kami masih lagi dlm peringkat memenuhi tangki utama dalam bandar Kuala Terengganu, sebahagian pengguna masih lagi menerima air dgn tekanan rendah dan sebahagian lagi masih tiada air.

"Manakala di Marang sudah pulih 100 peratus, tetapi kami masih lagi memenuhi tangki-tangki utama.

"Kita jangka pengguna akan dapat bekalan air seperti jam 5 pagi esok dengan tekanan rendah," katanya ketika dihubungi UPDI sebentar tadi.

Menurutnya, dalam tempoh sekarang, pihaknya juga sedang giat menghantar air ke kawasan kritikal menggunakan lori tangki SATU.

"Kami memohon maaf dan bersimpati atas apa yang berlaku," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau, Dr Mamad Puteh ketika dihubungi memaklumkan bekalan air terputus kerana masalah elektrik dan pam di Loji Kepong I tengah hari tadi. 

"Apabila masalah elektrik selesai, pam pula bermasalah, jadi ena tunggu air naik ke tangki dan buang angin dalam paip.

"Alhamdulillah kita telah berjaya hidupkan tiga biji pam. Insya-Allah masalah ini semakin pulih  tetapi ia mengambil masa sedikit bagi lokasi yang jauh," tambah beliau.

 


Tag: