• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Belanjawan, Tangani Masalah Pengangguran Belia

KUALA TERENGGANU, 24 November – Belanjawan 2021 Terengganu yang diluluskan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) diyakini mampu menangani masalah pengangguran belia.

Pengarah Urus Setia Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Mohd Nasir Abdul Razak berkata, wabak COVID-19 telah mengakibatkan ramai rakyat terutamanya golongan muda terjejas.

Justeru katanya, ia memerlukan beberapa langkah proaktif daripada kerajaan negeri bagi mengurangkan beban yang ditanggung mereka.

“Alhamdulillah, beberapa inisiatif latihan kemahiran bakal mencetuskan lebih banyak peluang pekerjaan.

“Kita mengharapkan peruntukkan sejumlah RM7.52 juta dengan lapan inisiatif untuk latihan kemahiran dan peluang pekerjaan dapat memberikan impak kepada anak muda Terengganu.

“Di samping peruntukkan bagi golongan usahawan serta petani yang cukup bermakna,” katanya Ketika dihubungi media hari ini. 

Mohd Nasir.

Dalam perkembangan sama, beliau gembira dengan pengumuman Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri berkenaan dua lagi manifesto yang akan dilaksanakan pada 2021.

“Dua lagi manifesto akan dijayakan tahun depan, iaitu Pencen Rakyat untuk warga emas sebanyak RM600 setahun dan juga Tabung Perumahan Rakyat Terengganu sebanyak RM50 juta. 

“Ini menjadikan 17 daripada 20 manifesto PAS Terengganu telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dalam masa hampir tiga tahun.

“Bahkan kerajaan negeri juga telah meneruskan peruntukan khas kepada ADUN Bukan Kerajaan sebanyak RM 250 ribu bagi seorang ADUN. Inilah bukti permuafakatan antara PAS dan UMNO di Terengganu,” tambah beliau.


Tag: