KUALA TERENGGANU, 16 November - Kerajaan Negeri menyasarkan keseluruhan hasil negeri berjumlah RM2.088 bilion bagi tahun 2027 dalam pembentangan Belanjawan Terengganu 2027 yang bertemakan Melakar Bahagia, Memacu Sejahtera.
Berbanding anggaran Perbelanjaan Mengurus sebanyak RM1.983 bilion, anggaran itu mencatatkan lebihan belanjawan sebanyak RM105 juta, bersamaan surplus kira-kira lima peratus.

Menurutnya, kerajaan negeri turut memberikan tumpuan kepada usaha meningkatkan hasil janaan negeri menerusi kutipan hasil cukai dan bukan cukai.
"Di samping Terimaan Bukan Hasil yang dianggarkan berjumlah RM1.726 bilion, Kerajaan Negeri turut memberikan tumpuan kepada peningkatan hasil janaan negeri kepada RM361.06 juta,
"Merangkumi RM86.3 juta daripada Hasil Cukai dan RM274.76 juta daripada Hasil Bukan Cukai menjadikan keseluruhan hasil surplus sebanyak lima peratus dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM2.088 bilion," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan Belanjawan Terengganu 2027 pada Persidangan Ke-4 Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ke-15 di Wisma Darul Iman, sebentar tadi.
Daripada jumlah Hasil Janaan Negeri itu, katanya, sebanyak RM274.76 juta disasarkan melalui Hasil Bukan Cukai, manakala RM86.3 juta lagi menerusi Hasil Cukai.
Dalam pada itu, kerajaan negeri memperuntukkan RM1.983 bilion bagi Perbelanjaan Mengurus yang turut merangkumi caruman sebanyak RM450 juta kepada Kumpulan Wang Pembangunan.
"Bagi Perbelanjaan Pembangunan, sebanyak RM346 juta atau 77 peratus diperuntukkan kepada sektor sosial, RM82 juta atau 18 peratus kepada sektor ekonomi,
"Manakala RM22 juta atau lima peratus kepada sektor pentadbiran bagi menyokong pelaksanaan agenda pembangunan negeri," tambahnya.