• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Belantara 4x4 Besut Bantu Pindah Mangsa Banjir

BESUT, 19 Disember - Pasukan badan bukan kerajaan (NGO), Belantara 4x4 Adventure Club bertindak pantas bersama pihak berkuasa memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang terperangkap di sekitar Besut. 

Seorang kru, dikenali sebagai Sufian berkata pihaknya bersama Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia masuk ke beberapa kampung bagi melakukan operasi menyelamat. 

“Pasukan kami mula lancarkan operasi pagi tadi bersama pihak berkuasa, kejadian banjir ini luar jangkaan. Air naik dengan begitu mendadak. 

“Insya-Allah kami akan terus bantu penduduk yang terkandas bersama pihak berkuasa. Diharap semua yang terjejas berpindah bagi mengelakkan musibah lebih besar,” katanya ketika dihubungi.

Suffian turut memaklumkan setakat petang tadi, laluan utama di Kampung Jerubun, Hulu Besut terputus apabila air telah melebihi paras bahaya menyebabkan laluan ditutup bagi semua kenderaan.

Terdahulu, Besut mencatatkan korban banjir pertama di Kampung Apal melibatkan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun.

Foto oleh: Belantara 4x4 Adventure Club


Tag: