• 15 Okt 2024 | 12 Rabiul Akhir 1446

Belia Kagum, Puas Hati Prestasi Kerajaan Terengganu

KUALA NERUS, 19 April – Rata-rata belia yang ditemui meluahkan rasa kagum dan sangat berpuas hati terhadap pentadbiran kerajaan Terengganu di bawah kepimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM), Muhammad Hasif Aiman Ibrahim, 20, berkata kerajaan sekarang sangat berperanan dalam membentuk generasi muda apabila dilihat mempunyai perancangan yang cukup jelas.

Katanya, kepimpinan hari ini turut menitikberatkan kebajikan para pelajar dan perantau yang tinggal diluar negeri Terengganu.

"Pelbagai bantuan diperolehi oleh mahasiswa Terengganu seperti i-Belia dan peranti mahasiswa yang memberi manfaat kepada para pelajar dalam menuntut ilmu.

“Harapan saya agar kerajaan Terengganu sekarang dapat dikekalkan supaya para pelajar dan golongan sentiasa mendapat perhatian kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman pada majlis Iftar Perdana Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) di Hotel Raia di sinj semalam.

Dalam majlis itu lebih 200 orang pelajar yang terdiri daripada mahasiswa IPTA dan IPTS hadir.

Sementara itu, Aina Nazirah Ahmad Nazir, 21, berkata melalui program PERMATA para pelajar dapat mengenali dengan lebih dekat peranan Kerajaan Negeri 

“Pandangan peribadi saya, kerajaan sekarang banyak membantu mahasiswa berbanding negeri lain sekali gus pendidikan di Terengganu semakin baik dan maju.

"Melalui pembawakan nilai keagamaan dalam pimpinan sekarang menjadikan negeri ini lebih Terengganu lebih maju, berkat dan sejahtera," katanya.

 


Tag: