• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Berdakwah Melalui Seni Dan Budaya

Sulaiman menyampaikan baju seragam kumpulan dikir kepada ketua kumpulan
Oleh : Khairan Mat Jusoh

MARANG- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong menyeru kumpulan dikir barat dari Batu 9, Padang Mengkuang menyahut seruan menyampaikan dakwah melalui seni dan budaya.

Katanya, Islam tidak menghalang seni asalkan tidak bercanggah dengan syariat Islam dan melanggar norma budaya dan sosial kerana seni dalam pendekatan tertentu boleh dimanfaatkan untuk menyampaikan dakwah.

"Hari ini kita membawa Agama Islam. Jadi, bila kita sebut kita adalah daie yang kita bersama dengan Agama Islam, maka kita perlu membawa kebaikan, kelebihan, dan keindahan Islam itu kepada masyarakat.

"Kita bertanggungjawab untuk membawa Islam itu yang terbaik untuk dipersembahkan kepada masyarakat, maka disana ada garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis santai sempena penyampaian baju seragam kepada kumpulan dikir tersebut di perkarangan Balai Raya Kampung Batu 9, Padang Mengkuang (15 Oktober).

Katanya, kumpulan dikir barat yang terdiri daripada 30 orang ahli itu telah berjanji untuk melakukan yang terbaik bagi membawa imej Islam di dalam bidang seni warisan itu.


Tag: