• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

Beri Peluang Untuk Perubahan



Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 1 Oktober- Rakyat diharap bersabar dan memberi peluang kepada kerajaan yang mengurus tadbir negeri untuk melaksanakan perubahan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Alias Harun berkata, kerajaan komited melakukan perubahan dari semasa ke semasa untuk kemudahan dan kesenangan rakyat.

"Saya nak minta masyarakat faham nak buat sesuatu perubahan bukan mudah, mana mungkin kita boleh buat perubahan sekelip mata, ianya perlukan masa yang lama," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang itu berkata demikian ketika merasmikan Program Gotong Royong Majlis Pengurusan Komuniti (MPKK) Kampung Paya Balai Besar di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, sokongan dan kerjasama daripada rakyat amat diperlukan bagi mengekalkan pemerintahan kerajaan yang ingin melaksanakan dan meninggikan Islam ini.

Tag: