• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

Beri Ruang Kepada Muhyiddin Selesaikan Polemik Negara

Shaharizukirnain.


Oleh : Muhammad A Rahman

SETIU, 5 Mac - Ahli Parlimen Setiu meminta rakyat Malaysia memberikan peluang kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyelesaikan pelbagai polemik yang melanda negara sebelum ini.

Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, isu-isu yang melingkari pendidikan dan ekonomi seperti Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) serta kos sara hidup rakyat merupakan perkara yang perlu diselesaikan dengan teliti.

“Pelantikan tersebut juga diyakini telah menyelesaikan kemelut politik yang melanda negara ekoran sikap kerakusan pihak tertentu,” ujar beliau dalam satu kenyataan media kelmarin.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Muhyiddin atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelapan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatudin Al-Mustafa Billah Shah.

“Semoga di bawah kepimpinan beliau, negara akan membangun dengan cemerlang di samping beliau diberi kekuatan untuk mentadbir negara ini,” tambahnya.


Tag: