• 08 Mei 2024 | 29 Syawal 1445

Berita Gembira: MAIDAM Tawar Bantuan Pendidikan




KUALA TERENGGANU, 4 Januari – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menyediakan bantuan zakat kepada anak Terengganu yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam dan luar negara.

Menurut satu pengumuman yang dikeluarkan MAIDAM bahawa permohonan dibuka mulai 1 Januari lalu hingga 31 Mac ini.

Penghantaran “hardcopy” dan dokumen berkaitan perlu dibuat sebelum atau pada 31 Mac 2020.

Permohonan dalam dan luar negara perlu dicetak dan dihantar ke daerah masing-masing atau unit pendidikan dan Pengajian Tinggi (UPPT) MAIDAM Kuala Terengganu.

Manakala syarat penuh, maklumat lanjut dan cara mohon boleh layari www.maidam.gov.my.

Syarat umum permohonan termasuk beragama Islam, baligh dan merdeka, rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pengajian.

“Pemohon masih dalam tempoh pengajian atau penambahan semester. Sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga bulan pengajian daripada tarikh menghantar permohonan ke pejabat,” jelas pengumuman itu.

Pemohon juga tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan yang melalaikan.

Pengumuman itu menyebut bahawa permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan zakat kepada MAIDAM.

Syarat khusus penuntut IPT dalam negara ialah surat pengesahan pengajian tahun semasa daripada Hal Ehwal Pelajar (HEP), Pointer GPA 3.00 ke atas keputusan peperiksaan Semester 1 Sesi 2019/2020 yang wajib disahkan oleh Bahagian Akademik IPT berkenaan.

Pelajar Diploma dan Ijazah boleh memohon sekiranya ada atau tiada pinjaman atau pembiayaan dan tidak bekerja.

Pelajar sijil atau matrikulasi atau asasi hanya boleh memohon sekiranya tiada pinjaman atau dermasiswa atau biasiswa atau tidak bekerja. Wajib kepilkan bersama surat pengesahan tiada tajaan yang terkini.

Pelajar master atau PhD hanya boleh memohon sekiranya tiada pinjaman atau penbiayaan atau dermasiswa atau biasiswa atau MyBrain atau MyPhD atau tidak bekerja.

Pemohon wajib kepilkan bersama surat pengesahan akuan pendapatan yang terkini.

Syarat Khusus Penuntut IPT Luar Negara ialah bahawa surat pengesahan pengajian tahun semasa daripada Attase Pendidikan Negeri Terengganu atau Jabatan Penuntut Malaysia atau Kedutaan Besar Malaysia.

Pelajar tiada pinjaman atau pembiayaan atau dermasiswa atau biasiswa atau tidak bekerja dan keputusan keseluruhan semester atau tahun pengajian.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Pendidikan dan Pengajian Tinggi (UPPT) ditalian 09-6223500, Kuala Terengganu (Ibu Pejabat) 09-6303030, (Dungun) 09-8452810, (Marang) 09-6183317, (Kuala Nerus) 09-6622488, (Besut) 09-6975323, (Setiu) 09-6090307, (Hulu Terengganu) 09-6817809, (Kemaman) 09-8594545 dan (Kerteh) 09-8266463.


Tag: