• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Berita Peniaga Durian Positif COVID-19 Palsu

KUALA TERENGGANU, 24 Jun - Berita yang tular di media sosial mengenai seorang peniaga durian di Wakaf Tembesu positif COVID-19 dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) adalah palsu.

Menurut JKNT, setakat ini tiada pesakit wabak tersebut yang dirawat di HSNZ sebaliknya hospital itu hanya menerima seorang pesakit lelaki yang mengalami gejala ‘Severe Acute Respiratory Infection’ pada 20 Jun lalu.

Keputusan ujian PCR Covid-19 bertarikh 21 Jun juga menunjukkan pesakit tersebut negatif  COVID-19.