• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Berkerusi Roda Tidak Menghalang Tamatkan Ijazah

MARANG, 21 Mac - "Saya bertekad untuk menamatkan pengajian ijazah saya dalam bidang Syariah Islamiyah di Kaherah, Mesir. Itu impian saya",

Begitulah ungkapan yang tidak putus-putus keluar daripada bibir adik Nurul Aisyah Romzi, 22 dari Kampung Bukit Rhu Rendang.

Nasib pelajar syariah tahun 3 itu kurang baik apabila beliau terjatuh dalam bilik air ketika berada di Mesir baru-baru ini.

 

Berikutan impian besar Nurul Aisyah untuk menamatkan pengajian dalam masa terdekat, ayahnya Romzi Ramlee, 52, bertekad menerbangkan anaknya ke Malaysia kerana ingin melakukan rawatan di sini.

Beliau sekeluarga ditemui pemberita ketika program ziarah mingguan isteri ahli Parlimen Marang, To Puan Hajah Zainab Awang. 

Ziarah ini diadakan setiap minggu bersama Halwa peringkat parlimen Marang dengan menumpukan keempat-empat DUN di kawasan ini yang melibatkan ahli masyarakat yang kurang bernasib baik.


Tag: