Dr. Sam Persoal Integriti Pelantikan Hakim, Desak Tindakan Segera PM
Beruang Matahari Ditangkap di Bukit Besi
DUNGUN, 16 Jun – Seekor beruang matahari jantan dianggarkan berusia 40 tahun berjaya ditangkap di Kampung Besol, Bukit Besi selepas perangkap dipasang sejak 29 Mei lalu.
Operasi penangkapan melibatkan kerjasama antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Besol, serta Pejabat Perhilitan Daerah Dungun.
Menurut Ghazali, sebelum ini penduduk meluahkan rasa bimbang dan tidak selamat akibat gangguan beruang matahari yang berkeliaran di kawasan kampung.
"Penangkapan ini memberi sedikit kelegaan kepada penduduk Kampung Besol dan Bandar Bukit Besi.
"Namun, orang ramai masih perlu sentiasa berhati-hati dan peka sekiranya mendapat maklumat mengenai keberadaan beruang di sekitar kawasan kampung," katanya.
Beruang tersebut berjaya ditangkap menggunakan perangkap khas yang dipasang oleh Perhilitan.
Pihak Perhilitan Dungun kini sedang menguruskan pemindahan haiwan tersebut ke habitat yang lebih sesuai dan selamat.
Usaha kini diteruskan untuk menangkap dua lagi beruang (ibu dan anak) yang masih berkeliaran di kawasan sekitar.