• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Oleh : Khalid Abdullah 

Ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlu membina imej baik dalam masyarakat kerana mereka adalah wakil kerajaan negeri di peringkat akar umbi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, MPKK adalah wakil kepada kerajaan negeri, segala baik dan buruk akan memberi imej langsung kepada kerajaan negeri.

"Kita tidak boleh sama-sekali melakukan penyalahgunaan kuasa dan mesti berpegang  kepada amanah yang diberikan, selain soal imej dan moral, kita akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat nanti," katanya.

Beliau berkata demikian di majlis penutup Kem Jati Diri MPKK Peringkat Parlimen Kemaman di Regency Waterfront Kuala Terengganu, hari ini.


Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung turut mengingatkan ahli MPKK supaya tidak sombong atau bersikap bangga selain lupa diri apabila memegang kuasa.

"Perlu ada sifat sebagai hamba Allah dengan melaksanakan segala perintah A
dan meninggalkan larangan Allah.

"Allah memilih kita sebagai pemimpin kerana hendak memberi pahala atas usaha, pertolongan, bantuan dan khidmat kepada masyarakat," kata beliau lagi.

Seramai 337 ahli MPKK seluruh Parlimen Kemaman menyertai program tersebut yang berlangsung selama tiga hari bermula 2 Ogos lalu.

Tag: