• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Bina Longkang Atasi Masalah Banjir

HULU TERENGGANU, 17 Oktober - Kerajaan negeri melalui Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang meneruskan projek pembinaan longkang baharu  bagi menyelesaikan masalah banjir di Kampung Pantai Ali.

ADUN Kuala Berang, Dr Mamad Puteh berkata terdahulu Jabatan Kerja Raya (JKR) baru sahaja selesai membina longkang bagi menyelesaikan sebahagian masalah banjir di hadapan Sekolah Kebangsaan Pasir Tinggi, di sini.

"Dengan terbinanya longkang ini, insyaAllah masalah banjir akan dapat diatasi. Akan datang, projek ini akan diteruskan lagi oleh Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) dengan kos bernilai RM100 ribu," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke tapak cadangan pembinaan longkang tersebut di hadapan Sekolah Kebangsaan  Pasir Tinggi pada 16 oktober selepas solat jumaat.

Menurut beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau berkata projek ini akan ditambah baik lagi pembinaannya pada tahun hadapan.

"InsyaAllah, tahun hadapan kita akan tambah lagi peruntukan berkaitan dengan permasalahan banjir di kawasan sekitar ini, terutamanya berdekatan Klinik Kesihatan di kampung ini,"

"Masalah ini sudah lama disuarakan oleh penduduk kampung dan insyaAllah kita akan bantu semampunya," katanya.