• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

'Biru, Oren, Hijau, Semua Kita Bagi' - ADUN

KUALA TERENGGANU, 14 April - Bantuan keperluan harian dan kewangan sentiasa disalurkan kepada semua rakyat tanpa mengira ideologi serta pendirian politik mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed berkata, prinsip itu sentiasa ditekankan kepada semua petugas Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) ketika mahu mengagihkan sumbangan.

"Daripada maklumat yang saya perolehi, memang bantuan kita agihkan kepada semua, sama ada UMNO, Parti Amanah Negara (Amanah), PAS dan lain-lain parti.

"Kita juga menerima saranan daripada pihak UMNO, mereka memberi cadangan nama untuk disampaikan kepada rakyat yang mereka rasa layak menerima bantuan," katanya ketika dihubungi media hari ini.

  Ahli Jawatankuasa UMNO DUN Bandar menerima sumbangan daripada MPKK.


Dalam perkembangan sama, ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong menegaskan, walaupun berbeza fahaman politik, setiap rakyat tidak harus dimangsakan.

Ujarnya, rakyat berhak mendapat layanan adil daripada semua pihak .

"Jika mereka daripada parti yang tidak sama dengan kita, tetapi dia layak mendapat bantuan, zalim sekiranya kita pinggirkan mereka.

 Pengerusi MPKK Hiliran Jejawi (kiri) menyerahkan bantuan duit kepada bekas JKKK.


"Itu yang kita belajar, dan itulah yang saya praktikan di lapangan, di DUN saya, kesemua rakyat yang tidak berkemampuan kita santuni.

"Kita tetap berikan mereka bantuan keperluan rumah, kewangan dan sebagainya," jelasnya.

Tegas Sulaiman lagi, orang ramai yang berada di luar kawasan diminta untuk merujuk kepada penduduk kampung yang terlibat dahulu sebelum mengeluarkan apa kenyataan.

"Kita tidak mahu timbul sebarang masalah atau isu yang boleh membawa fitnah dan perpecahan dalam masyarakat," tambah beliau.

Ahli parti Amanah turut tidak dipinggirkan.

 

 


Tag: