• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

BISE Angkat Ikon Belia Berjaya

KUALA TERENGGANU, 28 Februari - Program Belia Saing kite (BISE) menampilkan ikon belia berjaya akan didiadakan di setiap daerah di negeri Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, tujuan program berkenaan adalah untuk memberi inspirasi kepada belia untuk berjaya sebagaimana ikon-ikon yang ada. 

Ujarnya, idea untuk melaksanakan inisiatif tersebut tercetus setelah beliau mengikuti program bersama belia dan mendapati ramai yang berjaya serta berbakat.

"Malahan ada yang turut berjaya mencapai kejayaan dengan pelbagai anugerah serta pencapaian sehingga ke peringkat antarabangsa.

"Kebolehan serta kejayaan mereka ini perlu dibugarkan serta dikongsikan kepada generasi belia yang lain agar ia dapat dijadikan contoh dan motivasi," ujarnya melalui facebooknya selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Program Bise, di sini, hari ini.

Katanya lagi, pelbagai pihak juga akan turut bekerjasama dalam memastikan program yang akan diadakan di setiap daerah itu dapat mencapai matlamatnya dalam memastikan pembangunan belia di negeri ini terus rancak berjalan.

"Terdapat pelbagai agensi kerajaan yang akan turut serta dalam program ini bagi membantu memberikan pencerahan serta penerangan, insya-Allah semoga apa yang direncanakan ini akan berjalan dengan lancar,"ujarnya.