• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Boleh Daftar Online Untuk Sertai Skuad Sukarelawan TTB


Rakyat negeri ini kini boleh mulai  mendaftar secara atas talian untuk menyertai Skuad Sukarelawan TTB (SSTTB).

Pendaftaran menerusi laman web rasmi https://www.ssttb.myterbuka kepada semua yang berminat menjalankan kerja kesukarelawan  bagi  membantu pelbagai misi bantuan yang digerakkan kerajaan negeri.

Pegawai Eksekutif SSTTB, Muhamad Ridzuan Hashim berkata, permohonan itu dibuka kepada semua masyarakat tanpa mengira had umur.

“Permohonan SSTTB  kini terbuka kepada semua golongan masyarakat terutama orang muda  dan mereka yang berminat boleh memohon dengan melayari laman web rasmi kita,” katanya kepada Teganukita, hari ini.



Ridzuan berkata, SSTTB  pada awalnya menumpukan kerja sukarelawan di Terengganu terutama bagi meringankan beban mangsa banjir di seluruh Terengganu kini diperluas melepasi sempadan negeri  Terengganu serta bukan sahaja kepada misi bantuan bencana banjir semata-mata.

“Khidmat sosial dan kebajikan Skuad Sukarelawan TTB bukan sahaja digerakkan dalam Terengganu sahaja, malah diperluaskan ke Kelantan, Pahang, Pulau Pinang dan juga ke Sabah.

“Seramai 200 orang ditugaskan telah ditugaskan untuk membantu kawasan yang ditimpa banjir iaitu Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Balik Pulau, hujung tahun lalu.Kita juga merancang untuk menghantar sekumpulan pasukan SSTTB  ke Bangladesh bertujuan membantu pelarian Rohingya di sana,” katanya.

SSTTB yang pernah terlibat dalam bencana banjir di Kelantan pada Disember 2014, banjir di Pekan Januari 2015, gempa bumi di Sabah Jun 2015 dan bakal ke pusat pelarian Cox Bazar Bangladesh untuk membantu masyarakat Islam Rohingya Disember ini.

Dalam pada itu, idea mewujudkan SSTTB dicetuskan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang mahu melihat anak-anak muda memberi sumbangan membantu mangsa banjir bukan sahaja di negeri Terengganu tetapi juga di negeri lain dan gerak kerja pasukan itu diperluaskan untuk misi bencana alam yang lain.

SKUAD SUKARELAWAN TRANSFORMASI TERENGGANU BAHARU
Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail,
Telaga Batin,
21300 Kuala Nerus,
Terengganu Darul Iman

Telefon : +60 09-666 8788
Faks : +60 09-662 1920

Hubungi kami: ssttb2017@gmail.com

Tag: