Terengganu Peruntuk RM6 Juta Bantu Pelajar Sambung Master, PhD
HULU TERENGGANU, 27 Februari - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu akan menggerakkan helikopter bagi melaksanakan operasi membantu mangsa di daerah ini yang terjejas akibat banjir.
Pengarahnya, Md Hilman Abd Rashid berkata pihaknya akan melakukan pemantauan dari udara di kawasan yang terjejas teruk akibat banjir bagi memastikan proses evakuasi atau pemindahan mangsa banjir dapat dilaksanakan dengan lancar.
Katanya, ini termasuk penghantaran bekalan makanan ke kawasan yang terputus hubungan.
"Helikopter akan terus ke kawasan Kampung yang terjejas Hulu Terengganu untuk melihat dahulu macam mana situasi di sana kerana buat masa ini hanya bot saja boleh akses ke sana.
"Anggota kita pun ada di sana dan ada yang terputus hubungan, tapi buat masa ini kami dah bawa lebih kurang 200 penduduk ke kawasan lebih tinggi dan selamat menggunakan bot," katanya kepada pemberita ketika meninjau perkembangan banjir di sekitar Mukim Hulu Berang.
Sehingga kini katanya, lebih 20 kampung di Mukim Hulu Berang dan Mukim Tersat kini terputus hubungan laluan darat susulan banjir yang melanda sejak semalam.