• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Bomba Selangor Kerah Anggota, Aset 'Balas Budi' Terengganu

KUALA TERENGGANU, 28 Februari – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor semalam memaklumkan telah menghantar pasukan bagi membantu operasi banjir di Terengganu.

Perkara demikian dimaklumkan kepada pemberita oleh Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, bahawa sembilan anggota, dua bot dan satu lori lima tan dihantar bagi tujuan tersebut.

"Bantuan dari Bomba Selangor bertolak ke Terengganu pada jam 6 petang tadi (semalam) dan dijangka tiba jam 1 atau 2 pagi nanti," katanya kepada pemberita semalam.

Beliau berkata, pihaknya juga berjaga-jaga memandangkan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.

Beliau turut berkata, pasukan tersebut dihantar bagi melancarkan operasi pemindahan di kawasan terjejas banjir.

Pada masa yang sama, mereka turut bersiapsiaga bagi operasi banjir kilat di Selangor.

Disember 2021 lalu, Kerajaan negeri Terengganu menghulurkan bantuan kepada Selangor yang terjejas teruk akibat banjir.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya menawarkan apa jua bentuk bantuan yang boleh diberikan bagi menguruskan suasana kritikal sedang dihadapi rakyat Selangor.
 


Tag: