lightning-solid
Berita :
Bomba Sukarela 'Tonik Tambahan' Hadapi Banjir
Bomba Sukarela 'Tonik Tambahan' Hadapi Banjir
Muhammad Amiruddin Zamri
10 Nov 25
112


DUNGUN, 10 November– Satu perjumpaan telah diadakan antara Balai Bomba AMBS dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) bagi membincangkan langkah-langkah kesiapsiagaan menghadapi musim monsun yang dijangka melanda tidak lama lagi.

Perjumpaan yang berlangsung di Balai Bomba AMBS itu telah dihadiri seramai 25 orang anggota sukarelawan, termasuk Pengerusi PBS, Puan Nor Hayati Hamzah. 

Turut hadir ialah Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohd Izzudin bin Mahmood, yang menyampaikan amanat serta penekanan terhadap peranan penting PBS dalam membantu operasi kecemasan semasa musim banjir.

Dalam sesi berkenaan, para peserta diberikan taklimat berkaitan fungsi serta penubuhan Pasukan Bomba Sukarela, yang telah ditubuhkan sejak tahun 2021. 

Sejak penubuhannya, pasukan ini telah menunjukkan komitmen tinggi dan berjaya meraih pelbagai anugerah di peringkat Pantai Timur, selain beberapa pengiktirafan lain melalui penyertaan dalam pertandingan dan aktiviti kebombaan di seluruh negara.

Majlis turut diserikan dengan sesi bergambar bersama anggota PBS dan pegawai Balai Bomba AMBS, sebagai simbolik komitmen bersama dalam memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi sebarang kemungkinan bencana ketika musim monsun.

Perjumpaan ini diharap dapat memperkukuh kerjasama antara Balai Bomba AMBS dan Pasukan Bomba Sukarela dalam memastikan keselamatan serta kebajikan masyarakat sentiasa terpelihara.


Tag :

Artikel Berkaitan