• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Bonjovi Bantu Bersih Rumah Mangsa Banjir

MARANG, 4 Disember -  Sekumpulan 'Bonjovi' dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang berpadu tenaga membersih dan mencuci rumah mangsa yang terlibat dalam banjir kilat di Taman Bukit Indah, Rhu Renggeh.

Kumpulan remaja  yang terdiri daripada 15 sehingga 20 orang itu, merupakan sukarelawan yang sering terlibat dalam operasi membantu penduduk sekitar sekiranya memerlukan bantuan.

Pegawai Akademik Didik Ulamak Amilin Terengganu Dun Rhu Rendang, Mohd Fakhruddin Zakaria berkata, asalnya kumpulan itu ditubuhkan bagi memumpuk semangat dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di kalangan remaja serta penduduk kampung.

Gotong royong menukar atap rumah penduduk yang rosak

"Mereka ini terdiri daripada remaja setempat yang sangat komited dalam memberikan khidmat kepada penduduk kampung dan masyarakat sekitar.

"Hari ini, mereka menawarkan diri untuk bersama-sama membersih, dan mencuci rumah yang dimasuki air dan banjir kilat ekoran daripada hujan lebat selama dua hari.

Beliau berkata sebaik sahaja selesai kerja-kerja membersihkan rumah mangsa banjir kilat bersama-sama Jabatan Amal Marang, dan Jawatankuasa Banjir Dun Rhu Rendang.

Turut hadir membersihkan kawasan rumah mangsa banjir kilat adalah Jabatan Amal Marang, Ahli Jawatankuasa Bencana Banjir Dun Rhu Rendang dan Muslimat Dun Rhu Rendang.

Menurutnya lagi, kumpulan ini juga adalah remaja kampung yang pada awalnya berkumpul untuk mengikuti kelas Al-Quran dan fardhu ain yang dilaksanakan di bawah gabungan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Kijing dan paya.

"Banyak aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang telah dilakukan seperti membantu menukar atap rumah yang terlibat kebakaran, membersihkan kedai penduduk, membina gerai dan pondok mengaji, serta membersihkan rumah pesakit lumpuh," tahmbahnya lagi.

 

 


Tag: