lightning-solid
Berita :
BTR FC Cipta Sejarah
BTR FC Cipta Sejarah
Muhammad Safwan Syakir Mohd Noor
17 jam yang lepas
325

KUALA TERENGGANU, 30 Disember - Bukit Tok Ris FC (BTR FC) mencipta sejarah tersendiri apabila merangkul kejuaraan sulung selepas menewaskan Taman Murni Permai FC (TMP FC) 3-0 dalam aksi Final Kejohanan Bola Sepak Piala YB Ahli Parlimen Kuala Nerus 2025 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

IMG_8426.jpeg 664.78 KB
Babak pertama menyaksikan BTR FC mempamerkan aksi agresif apabila membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi pemain sayap kanan, Ahmad Azry Syahmie Nor Aminullah, yang menyambar peluang hasil gerakan pantas di bahagian sayap untuk meletakkan pasukannya di hadapan 1-0.

Tekanan berterusan akhirnya membuahkan hasil apabila Muhammad Haikal Mohd Zuki, selaku penyerang utama, menggandakan kelebihan pada minit ke-37.

Gol kedua itu terhasil selepas beliau bijak menyudahkan hantaran kemas daripada Muhammad Faizal Fabli Saadon sekali gus menutup babak pertama dengan kelebihan selesa buat BTR FC.

IMG_8427.jpeg 715.23 KB
Bersambung babak kedua, tempo permainan kekal memihak kepada BTR FC apabila beberapa siri serangan berbahaya dilancarkan ke kubu lawan. 

Kemuncak aksi hadir pada minit ke-65 apabila pasukan itu dihadiahkan sepakan penalti selepas kekasaran berlaku dalam kotak penalti.

IMG_8428.jpeg 573.88 KB
Tanggungjawab tersebut disempurnakan dengan tenang oleh pemain sayap kiri, Muhammad Faizal Fabli Saadon, bagi gol ketiga pasukan, sekali gus mengesahkan kemenangan bergaya 3-0 sehingga wisel penamat ditiupkan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, LSR Zaharudin Zahid berkata kejayaan tersebut adalah hasil komitmen padu seluruh pasukan.

“Mewakili MTD Bukit Tunggal, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada pasukan, barisan jurulatih, pihak pengurusan serta semua yang terlibat atas komitmen dan kejayaan yang membanggakan ini,” katanya.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr. Alias Razak.

Juara kejohanan membawa pulang piala iringan, piala pusingan, pingat serta wang tunai berjumlah RM4,500, manakala naib juara menerima pingat dan wang tunai sebanyak RM1,500.

Kejayaan ini sekali gus mengukuhkan nama Bukit Tok Ris FC sebagai antara pasukan yang semakin mencuri tumpuan dalam arena bola sepak tempatan.


Tag :

Artikel Berkaitan