• 20 Sept 2021 | 12 Safar 1443

Bubur lambuk Permint Plywood Imarahkan Ramadan

DUNGUN, 20 April - Sebanyak 500 bekas bubur lambuk disediakan kakitangan Anak syarikat Golden Pharos Bhd (GPB), Permint Plywood Sdn Bhd (PPSB) kepada orang ramai sempena sambutan Ramadan tahun ini.

Ketua Pegawai PPSB, Ahmad Bazli Razali berkata, ia merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang diadakan buat julung kali di bulan Ramadan sejak pembukaan semula PPSB tiga tahun lalu bagi memupuk semangat kerjasama antara kakitangan sertai sifat bersedekah.

Katanya, program tersebut melibatkan 86 kakitangan serta Ahli Lembaga Pengarah PPSB.

"Pengagihan bubur lambuk dan kurma diadakan di dua lokasi iaitu Bazar Ramadan AMBS dan di Petronas AMBS bermula 3 petang selain agihan dari rumah ke rumah.

"Aktiviti memasak bubur lambuk dilakukan secara bergotong-royong dimana turut diselitkan pengisian keagamaan melibatkan semua kakitangan lelaki.

"Manakala kakitangan wanita seawal pukul 9 pagi memulakan tugas masing-masing dari proses penyediaan bahan mentah sehinggalah pembungkusan," ujarnya ketika ditemui selepas pembahagian bubur lambuk kepada orang ramai di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Kampung Pasir Raja dan Bandar Bukit Besi kelmarin


 

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah PPSB, Maliaman Kassim, hadir sama mengacau bubur tersebut untuk diagihkan

 

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim berkata, program gotong-royong oleh kakitangan Permint Plywood itu menyediakan sebanyak 500 bubur lambuk adalah salah satu amalan bersedekah.

“Ramadan tidak dapat dipisahkan dengan amalan bersedekah. Mudah-mudahan kita mendoakan Ramadan ini menjadi Ramadan yang terbaik dalam catatan amal kehidupan kita dan dapat kita optimumkan ruang dan peluang untuk memperbanyakkan amal dalam kekangan perintah kawalan pergerakan ini,” katanya.

Jelasnya, program julung kali itu sememangnya mencapai matlamat dengan tujuan mengeratkan hubungan bersama masyarakat setempat dan amalan bersedekah.

"Program ini juga bertujuan mengeratkan lagi hubungan bersama masyarakat setempat selain mengimarahkan bulan Ramadan,” katanya.