• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

Budiman FC Muncul Juara


Oleh: Fidee Aziz

KUALA TERENGGANU, 4 Ogos- Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Piala Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok melabuh tirai semalam dengan gelaran juara menjadi milik pasukan Budiman FC.

Pada kejohanan yang berlangsung di Padang Bola Sepak Lagun Chendering, pasukan Budiman FC  berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1000, piala pusingan, piala iringan dan medal.

Manakala, pasukan Kuala Ibai Pantai FC bergelar naib juara dan tempat ketiga dan keempat disandang oleh pasukan Padang Negara FC dan ISLAND FC A.


Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Burok, Abu Bakar Salleh berkata, kesemua pemain yang menyertai kejohanan tersebut menunjukkan semangat berpasukan yang begitu baik disamping turut menghormati pasukan lawan.

“Alhamdulillah kejohanan ini selamat berlangsung dan semangat kesukanan yang begitu tinggi ditunjuk oleh setiap pasukan yang bertanding.

“Tahniah kepada pasukan yang berjaya dan kepada pasukan yang tidak berjaya diharap dapat mencuba lagi pada tahun hadapan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) ketika ditemui di Padang Bola Sepak Lagun Chendering semalam.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) Mohd Soud Said yang menyampaikan hadiah kepada pemenang.


Tag: