• 07 Mei 2024 | 28 Syawal 1445

Bukit Besar Bakal Jadi Laluan Zikrullah Buat Pendakinya


Oleh: Muhammad Syafiq Syakirin 

KUALA TERENGGANU, 17 Ogos - kerajaan negeri sedang mempertimbangkan untuk meletakkan papan tanda dengan ayat-ayat zikir di sekitar jalan menuju ke puncak bukit agar dapat memberi manfaat buat pengguna laluan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri , Mohd Nor Hamzah berkata beriadah perlulah mengikuti adat dan syariah Islam yang betul bagi memastikan sesi beriadah aman dan damai. 

"Saya melihat di sekitar jalan menuju ke puncak bukit banyak ruang-ruang yang sesuai bagi meletakkan papan tanda yang tertera ayat ayat zikir.

"Ini termasuk kata-kata semangat  bagi orang yang berjalan kaki supaya dapat berzikir ketika mendaki ke puncak," kata beliau.


Beliau berkata sedemikian kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas mendaki ke puncak Bukit Besar di program Hiking Bukit Besar Bersama anjuran Akademi Didik Ulama AMILIN Terenggau (DUAT) dengan kerjasama Akademi Dakwah Anak Muda (ADAM) semalam.

Turut hadir, Pengarah DUAT, Ramlan Hj Mahmood.

Tambahnya lagi, beriadah perlulah mengikuti undang -undang islam yang ditetapkan dimana perlu menjaga adat-adat seperti pergaulan bebas dan juga permakaian.

“Kita beriadah tidak salah , tetapi adat beriadah itu perlu kita jaga seperti pergaulan bebas diamana lelaki dan perempuan bukan  mahram bersama sama  dan juga permakaian perlulah menutup aurat dengan sempurna," kata Mohd Nor.

Beliau juga memuji pihak DUAT dan ADAM kerana dapat menjayakan program ini dan berharap dapat diteruskan untuk masa hadapan.

“Saya melihat program ini amat bagus bagi memberi kesedaran kepada masyarakat sama ada secara bersua muka mahupun dengan edaran risalah-risalah ilmiah dan semoga dapat diteruskan dari  masa ke masa," ujar beliau.

Tag: