• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Bukit Nenas VC Dinobat Juara Bola Tampar

SETIU, 28 Mac – Sebanyak 11 pasukan telah bertanding bagi merebut Piala Yang Berhormat Ahli Parlimen Setiu dalam Kejohanan Bola Tampar Tertutup Parlimen Setiu bagi kategori lelaki kelmarin.

Bukit Nenas VC telah dinobatkan sebagai Juara yang berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM1,000 beserta piala dan medal selepas mengalahkan pasukan Batu Rakit VC dan tempat ketiga bersama dikongsi oleh Banggol VC dan pasukan Tavos. 

Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir merasmikan majlis penutup dan menyampaikan hadiah kepada semua pemenang. 

Beliau dalam ucapanya,mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan peserta. Dalam pada itu beliau juga mengatakan bersukan ini bukan sekadar mengejar kemenangan semata-mata.

“Tahniah kepada pemenang dan kepada yang tidak berjaya, jangan berputus asa. Dengan adanya program sukan seumpama ini bukan sahaja dapat memupuk semangat kesukanan, yang penting sekali adalah terbinanya sebuah ukhuwwah antara kita semua,"katanya.

Bagi kategori wanita pula yang berlangsung pada hari jumaat disertai oleh sembilan pasukan dan lima pasukan sebagai jemputan kejohanan. 

Pasukan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah dinobatkan sebagai Johan. Naib Johan pula dimenangi oleh pasukan Fighter VC dan Banggol VC berkongsi tempat ketiga bersama Kemaman VC dan penyampaian hadiahnya disampaikan oleh Puan NorAzlin Farilah Hashim @ Abas, isteri Ahli Parlimen Setiu yang juga merupakan Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Setiu

Johan membawa pulang Rm700 beserta Piala dan Medal. Rm500 beserta Medal bagi Naib Johan dan Ketiga bersama membawa pulang Rm300 beserta Medal.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan kepada semua hadirin tentang penjagaan aurat dan kepentingan solat.

“Solat boleh dilakukan di mana-mana tempat, tidak semestinya dilakukan di surau dan masjid sahaja walau tanpa kopiah dan kain pelikat. Dengan pakaian yang kita guna untuk bersukan walau dalam keadaan berpeluh tidak menjadi masalah untuk mengerjakan solat.

“InsyaAllah di masa akan datang kita akan menyediakan tempat solat di tempat kejohanan itu berlangsung.

“Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Setiu akan  terus menganjurkan pelbagai lagi jenis sukan pada setiap bulan selepas Aidilfitri ini, seperti sukan badminton, ping-pong, sepak takraw, futsal, bola jaring dan kemuncaknya ialah Bola Sepak,"üjarnya.


Tag: