• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Bukit Putera Bawa Pulang Piala Penyelaras DUN Langkap


Oleh: Ariss Alias

SETIU- Pasukan Bukit Putera muncul juara Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap setelah menewaskan pasukan Merbau Menyusut 1-0 sekali gus berjaya membawa pulang piala pusingan dan hadiah wang tunai.

Tempat ketiga pula disandang Pasukan Kampung Rahmat yang menewaskan pasukan Desa Jaya melalui tendangan penalti. Walaupun sekadar di tempat keempat pasukan Desa Jaya membawa pulang anugerah pasukan 'fair play' kejohanan.

Che Annuar Che Ngah dari pasukan Bukit Merah menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan lima gol manakala penjaga gol terbaik kejohanan menjadi milik Zamani Bustaman dari pasukan Merbau Menyusut manakala Muhammad Robi dari pasukan Bukit Putera pula dianugerahkan pemain terbaik kejohanan.

Pegawai Penyelaras DUN Langkap, Azmi Maarof dan Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Sementara itu Azmi berkata, PAS tidak menghalang penganjuran sukan malah amat menggalakkan aktiviti sukan dalam kalangan orang muda namun penjagaan aurat dan solat harus dititikberatkan.


Ustaz Shaharizukirnain yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Setiu pula berkata, sukan akan terus menjadi keutamaan dan menjadi hasrat kerajaan negeri untuk terus menjadi kuasa sukan di Malaysia.

"Kejohanan bola sepak, futsal dan sepak takraw peringkat Parlimen Setiu akan diadakan namun tarikh akan ditentukan semula mengikut kesesuaian disebabkan kemungkinan banjir yang bakal melanda tidak lama lagi" ujarnya kepada pemberita. (20 Oktober).

Kejohanan ini merupakan anjuran Pusat Khidmat DUN Langkap bersama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Langkap dan Lajnah Kebudayaan , Kesenian dan Sukan ( DACS ).

 Kejohanan diadakan di Padang Bola Chalok Kedai dan telah disertai oleh 28 pasukan yang mewakili MPKK dalam DUN Langkap.



Tag: