• 18 Mei 2024 | 10 Zulkaedah 1445

'Car Free Hour' Pulihara Alam Sekitar

KUALA NERUS, 12 Mac - Pejabat Daerah Kuala Nerus menganjurkan Program Kuala Nerus Car Free hour hari ini sebagai langkah memulihara alam sekitar dan besar harapan sekurang-kurangnya akan berlaku pengurangan jumlah kenderaan yang ketara pada hari program dilaksanakan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri merangkap Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr. Alias Razak berkata program itu sebagai satu usaha untuk meningkatkan kesedaran mencintai alam sekitar dalam kalangan penduduk dan juga menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.

“Ini bagi menjadikan penjagaan kesihatan dengan beriadah bukan sekadar mengisi masa lapang semata-mata, bahkan menpunyai peranan yang lebih luas. Beriadah dapat meningkatkan semangat muhibah, kesukanan, perpaduan dan keharmonian antara individu,” katanya.

Beliau berkata demkian ketika merasmikan dan melawat aktiviti yang dijalankan pada program Kuala Nerus Car Free di sekitar Taman Bandar Baru Kuala Nerus, di sini semalam.

Turut hadir Pegawai Daerah dan juga Pentadbir Tanah Kuala Nerus, Ahmad Azizi Zulkifli.

Hampir 500 pengunjung turut terlibat dalam aktiviti Fun Ride,Fun Walk,Fun Run. Program yang bermula 7 pagi sehingga 11 pagi hari ini menerima sambutan yang baik daripada masyarakat.


Tag: