• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Cipta Kenangan Manis Di PKRC

Oleh : Sarah Aqilah

KUALA TERENGGANU, 14 Februari - Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) yang menempatkan pesakit positif COVID-19 sehingga habis tempoh kuarantin telah mencipta kenangan manis sesama mereka.

Di samping, saling memberi semangat antara satu sama lain untuk sembuh serta bersama melawan penyakit tersebut.

Seorang penjawat awam, Fazilla Mohd, 43,  berkata, suasana di sini seperti asrama dan mereka diibaratkan satu keluarga yang saling membantu satu sama lain. 

"Membantu mengambil makanan, beratur untuk ambil tekanan darah bersama,
semuanya boleh dikatanya buat bersama.

"Masing-masing sentiasa murah dengan senyuman, saling bertegur sapa dan saling cakna antara satu sama lain sepanjang berada di sini," katanya yang tinggal di Kampung Merbau Patah.

PKRC yang bertempat di Stadium Negeri di hadapan Hospital Sultanah Nur Zahirah  menempatkan pesakit yang terdiri daripada ibu dan bayi, ibu mengandung, pelajar sekolah serta penjawat awam menjalani Tempoh kuarantin selama 10 hari.

Lokasinya yang strategik dan memudahkan  pihak keluarga untuk menghantar barangan keperluan  atau mengambil mereka yang tamat tempoh kuarantin.

Ini diakui oleh seorang suri rumah, Nor Suzie Mohd,35  sambil menambah, semuanya baik belaka, makanan dan fasiliti di situ juga sentiasa cukup dan lengkap.

"Saya sangat suka dapat mencipta kenangan bersama rakan baru yang
bagi mengekalkan hubungan lagi, kami saling bertukar nombor telefon dan mencipta 'group whatsapp' bersama," jelasnya sambil mengharapkan orang ramai mendoakan mereka semua sembuh.


Tag:

Artikel Berkaitan