• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Cipta Perabot Daripada Sisa Balak

KUALA TERENGGANU, 28 Disember - Anak syarikat Golden Pharos Bhd (GPB), Permint Plywood Sdn Bhd (PPSB) sedang menghasilkan perabot dan pelbagai produk hiliran lain hasil sisa balak.

Bagi tujuan itu, PPSB menandatangani memorandum persefahaman (Mou) antara Terengganu Timber Industry Training  Centre  TTITC di Hotel Tanjong Vista, di sini, hari ini.

Pengerusi Lembaga Pengarah TTITC, Muhyidin Abdul Rashid, berkata hasil kerjasama itu ia mampu membuka peluang kepada pelajar TTITC supaya  lebih kreatif menghasilkan pelbagai produk hasil sisa balak berbanding sebelum ini lebih bertumpu kepada seni ukir kayu.

Katanya, pada masa yang sama, ia membuka peluang pekerjaan baharu dan mampu menjana pendapatan melalui peniagaan kepada bekas pelajar TTITC.

“Peluang dan ruang untuk pergi jauh di berkaitan produk sisa balak ini sangat luas, cuma kurang diberi pendedahan.

“Oleh itu, pihaknya kini mengambil peluang ke arah itu supaya sisa balak yang kebanyakan berukuran lapan hingga 36 kaki itu tidak dianggap sebagai bahan buangan,” katanya selepas majlis perjanjian itu.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar dan Pengurus Kanan Permint Plywood Sdn Bhd Ahmad Bazli Razali

Menurutnya, pelbagai produk hiliran boleh dihasilkan antaranya almari, kerusi, meja makan, rak TV, bingkai gambar dan pintu gerbang di mana sudah pasti ada nilai tersendiri.

“Jika kreatif dan bijak mengikut peredaran zaman, setiap produk pasti lebih bernilai, pelanggan sanggup membeli, jika kena pada kehendak.

“Oleh itu sewajarnya pelajar TTIC perlu mengambil peluang ini, merekacipta pelbagai produk hasil sisa balak," katanya.

 


Tag: