• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

COVID-19 : 1,200 Buah Keluarga Terima Ikan Segar



Oleh : Mustaqim Afandi

BESUT, 1 April - Sebanyak 1,200 buah keluarga menerima sumbangan ikan selayang dan cencaru di sekitar DUN Kota Putera yang hilang punca pendapatan dan terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, pemberian tersebut bukanlah secara keseluruhan setiap rumah dalam setiap kampung.

"Ini adalah bantuan kecil yang dapat disampaikan buat penduduk secara berkala.

“Saya akan berusaha sedaya upaya bagi membantu masyarakat yang memerlukan dan berharap dengan sumbangan ikan-ikan segar ini, mereka yang terjejas dapat mempelbagaikan menu masakan," jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas mengagihkan ikan kepada 37 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk dibahagikan secara rawak kepada 30 orang penduduk di sini, pada semalam.

Menurutnya, ia merupakan inisiatif Pusat Khidmat DUN Kota Putera  hasil daripada sumbangan orang ramai yang prihatin dikumpulkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. 

"Diharapkan dengan adanya bantuan ini dapat mengurangkan bebanan mereka yang turut terjejas untuk keluar mencari rezeki. 

"In shaa Allah kita akan terus berusaha bagi meringankan beban rakyat di DUN Kota Putera,” tambah beliau.



Tag: