• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

COVID-19 : Jemaah Tabligh Tidak Dibenar Mengadakan Program Di Masjid



KUALA TERENGGANU, 17 Mac – Semua masjid serta surau di daerah ini dan Kuala Nerus dinasihat untuk tidak memberikan kebenaran kepada jemaah tabligh untuk mengadakan sebarang program.

Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu, Azmi Tengah memaklumkan, keputusan itu dibuat berikutan penularan wabak COVID-19 di negeri ini yang berkait dengan jemaah berkenaan.

“Bagi mencegah penyakit itu daripada terus menular di negeri ini, maka pentadbiran ini mengarahkan semua masjid dan surau dalam daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus tidak memberikan kebenaran kepada jemaah tabligh utnuk mengadakan apa jua program,” ujarnya.

Tambah beliau, arahan tersebut berkuatkuasa serta merta sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.


Tag: