• 08 Mei 2024 | 29 Syawal 1445

COVID-19 : Kerajaan, Rakyat Perlu Berganding Bahu

Shaharizukirnain.


Oleh : Muhammad A Rahman

SETIU, 15 Mac - Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir mengharapkan agar rakyat dan kerajaan berkerjasama bagi membanteras penularan wabak COVID-19 yang mengancam kesihatan masyarakat.

Dalam satu kenyataan media semalam, beliau turut menasihati masyarakat awam supaya mengambil langkah berjaga-jaga semasa melakukan aktiviti di luar rumah dan peka dengan arahan kerajaan.

“Masyarakat diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan sebarang tindak-tanduk yang ingin dilakukan terutamanya ketika berada di tempat awam,” katanya semalam.

Dalam kenyataan itu juga, Shahrizukirnain menyatakan sokongan kepada keputusan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tentang solat jumaat dan garis panduan keselamatan.

“Saya menyokong penuh keputusan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkenaan solat Jumaat,” tambah beliau.

Setakat jam 10.00 pagi tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan sebanyak 238 kes positif COVID-19 di negara ini.

Kesemua pesakit sedang dirawat dan dikuarantin di hospital bagi mengelakkan jangkitan bertambah serius.




Tag: