• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Covid-19: Bandar Jerteh Lengang

BESUT, 22 Januari - Suasana sekitar bandar Jerteh lengang pada hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi Negeri Terengganu.

Tinjauan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di beberapa jalan utama bandar Jertih mendapati sunyi dan bilangan kenderaan sangat berkurangan apabila PKP dikuatkuasa bermula 22 Januari sehingga 4 Februari.

Seorang penduduk yang ditemui, Wan Kadir Wan Abd Ghani, 60, berkata, dia menyambut baik penguatkuasaan PKP oleh pihak kerajaan bagi membendung penularan wabak Covid-19.

"Lebih baik berada di rumah kalau tidak ada perkara penting untuk dibuat. Kita perlu memberi kerjasama kepada para petugas kerana wabak ini tidak mengenal mangsa.

"Saya berharap agar seluruh masyarakat dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan tidak kira dimana pun berada," katanya ketika ditemubual di Kampung Belakang Gudang, Besut.

Sekatan jalanraya di beberapa laluan masuk utama bandar Jerteh telah dikuatkuasa sejak pagi tadi bagi mengawal kemasukan kenderaan yang berlebihan.

Rata-rata masyarakat yang berada disekitar bandar Jerteh masih lagi mematuhi arahan oleh pihak berkuasa bagi sama-sama mengatasi masalah yang dihadapi sekarang.


Tag: