• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

COVID-19 Di Terengganu Catat Dua Angka 8 Hari Berturut-turut

KUALA TERENGGANU, 18 Jun - Perkembangan kes COVID-19 di negeri ini terus menunjukkan trend penurunan yang memberangsangkan selepas mencatat kes harian bawah 100 lapan hari berturut-turut.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, bermula 11 Jun lalu, kes baharu yang dicatatkan hanya 66.

"Menurun kepada 42 kes pada 12 Jun, seterusnya 13 Jun 46 kes, 14 Jun (86 Kes), 15 Jun (43 Kes), 16 Jun (56 kes), 17 Jun (77 kes) dan 18 Jun (32 kes), " katanya ketika bersiaran secara maya di TV Darul Iman, hari ini.

Katanya, faktor penurunan kes di negeri ini salah satunya disebabkan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di kalangan orang ramai.

"Tahniah kepada rakyat Terengganu yang patuh SOP seterusnya membolehkan kes menurun.

"Harap orang ramai teruskan pematuhan ini supaya kes terus berkurangan dan membolehkan kita membendung penularan COVID-19 di negeri Terengganu," ujarnya.


Tag: