• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

COVID-19 : Jemaah Positif, Masjid Paya Resak Ditutup

 

MARANG, 8 Oktober - Masjid Kampung Paya Resak di sini ditutup selama tiga hari bermula hari ini berikutan terdapat jemaah yang dikesan positif COVID-19 telah menunaikan solat Jumaat di masjid itu.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, arahan itu berkuatkuasa sehingga 10 Oktober depan supaya proses nyahkuman dapat dijalankan dengan rapi.

“Terdapat individu disahkan positif COVID-19 semalam dan individu terbabit dipercayai telah menunaikan solat Jumaat di masjid itu pada 2 Oktober lalu.

“Jadi masjid ini ditutup bagi kerja-kerja nyahkuman yang dilakukan mengikut Seksyen 18 (1) (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi mengelak jangkitan wabak ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Tag: