• 27 Nov 2020 | 11 Rabiul Akhir 1442

COVID-19 : Kluster Piktawa Terengganu Berakhir

 

PUTRAJAYA, 13 Ogos - Satu kluster COVID-19 yang menular di kalangan rakyat Terengganu diisytiharkan tamat hari ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan, kluster Piktawa merupakan antara tiga kluster tersebut.

Untuk rekod, kluster PUI Pitakwa, kes indeks kluster itu adalah seorang warga negara Malaysia (iaitu kes ke-8,737) yang pulang ke Malaysia dari Nigeria pada 11 Julai 2020.

Saringan COVID-19 di Pintu Masuk Antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didapati negatif namun tiga hari selepas ketibaan di Malaysia beliau perlu menjalani ujian ulangan bagi COVID-19 kerana mula mengalami gejala yang lebih teruk yang mana beliau dikesan positif serta dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu.

Susulan itu, 44 kontak rapat dikenal pasti dan disaring terutama dalam kalangan ahli keluarga, penumpang dan krew kapal terbang, pemandu teksi serta rakan sekerja.

Jumlah kes positif melibatkan kluster berkenaan adalah tiga yang kesemuanya membabitkan rakyat Terengganu


Tag: