• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

COVID-19 : Terus Berdisiplin, Patuhi SOP

SETIU, 11 Oktober - Masyarakat diingatkan untuk terus berdisiplin dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam menghadapi situasi pandemik COVID-19.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Zul Bhari A Rahman berkata, pada ketika ini semua pihak harus memainkan peranan semaksima mungkin kerana negara dilanda gelombang ketiga COVID-19. 

"Saya sangat berharap masyarakat semua patuh pada arahan dan perkembangan semasa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

"Amalkan pemakaian pelitup muka, sentiasa basuh tangan atau penggunaan 'hand sanitizer' dan kepada pengguna telefon pintar untuk muat turun aplikasi My Sejahtera," tambahnya ketika ditemui oleh wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI).

Untuk rekod sehingga semalam daerah Setiu kekal dengan 8 kes dan tiada kes baru dilaporkan. Sehingga kini di negeri Terengganu mempunyai sebanyak 154 kes dan satu kematian.


Tag: